Bersahabat kerana ALLAH


Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan satu kelemahannya, Kau mungkin akan menjauhinya.
Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya..
Andai kau inginkan sahabat yang satu,

Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya..
Andai kau inginkan seorang teman,

Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya..
Andai kau ingin bersahabat,

Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa..
Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna..

Tapi bersahabatlah kerana Allah Ta`a
la

~Bila cinta kerana ALLAH,berpisah tidak gelisah,bertemu pasti tidak jemu,Ukhuwah itu indah,bila bertemu dan berpisah semuanya kerana ALLAH SWT~

Amalan Sepanjang Masa


~Amalan Sepanjang Masa~

  • Solat fardhu berjemaah di masjid,surau atau di rumah.
  • Solat Sunat Rawatib
  • Melakukan Solat Sunat tertentu seperti Solat sunat hajat,tahajud,witir dan sebagainya.
  • Membaca zikir Mathurat selepas Subuh.
  • Membaca Al-Quran
  • Menghadiri majlis ilmu seperti ceramah,kelas agama,pengajian atau kuliah dan sebagainya.
  • Melakukan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis serta puasa sunat tertentu yang lain.
  • Membaca segala wirid dan do'a harian.
  • Bersedekah
  • Mengerjakan umrah bagi yang mampu khususnya pada bulan Ramadhan.
  • Memelihara mulut,mata,telinga,& anggota lain dari perbuatan keji & maksiat.
  • Mengingati mati selalu dan menziarahi orang yang sakit.
  • Menziarahi sahabat handai,orang alim,ulama & tuan guru.
  • Amar Maa'ruf Nahi Mungkar.

Menjadi sahabat..


Perbezaan menjadi seorang kenalan dengan menjadi seorang sahabat..

Pertama, seorang kenalan adalah seorang yang namanya kau ketahui, yang kau lihat berkali-kali, yang dengannya mungkin kau miliki persamaan, dan bila disisinya kau merasa tenang. Ia adalah orang yang dapat kau undang ke rumahmu dan dengannya kau berkongsi kebahagiaan.


Namun mereka adalah orang yang dengannya tidak akan kau kongsi hidupmu, yang tindakan-tindakannya kadang-kadang tidak kau mengerti kerana kau tidak cukup tahu tentang mereka.

Sebaliknya, seorang sahabat adalah seseorang yang kau cintai,fahami dan sayangi... Bukan kerana kau jatuh cinta padanya, namun kau peduli akan orang itu, dan kau memikirkannya ketika mereka tidak ada.

Sahabat-sahabat adalah orang dimana kau diingatkan ketika kau melihat sesuatu yang mungkin mereka sukai, dan kau tahu perkara itu kerana kau mengenali mereka dengan baik.

Mereka adalah orang-orang yang fotonya kau miliki dan wajahnya selalu ada di kepalamu.

Mereka adalah orang-orang yang kau lihat dalam fikiran mu ketika kau mendengar sebuah lagu di radio kerana mereka membuat dirimu berdiri bersama mereka dan mengajakmu menari atau menyanyi bersama dengan mereka atau mungkin kau yang menyanyi dengan mereka.

Mungkin mereka pernah mengurut kakimu, atau sekadar menempatkan kepala mereka di bahumu.

Mereka adalah orang-orang yang diantaranya kau merasa tenang kerana kau tahu mereka peduli terhadapmu.

Mereka menelefon hanya untuk mengetahui apa khabarmu, kerana sahabat sesungguhnya tidak punyai suatu alasan pun.
Mereka berkata jujur pertama kali dan kau melakukan hal yang sama.

Kau tahu bahawa jika kau memiliki masalah, mereka akan bersedia mendengar.

Mereka adalah orang-orang yang tidak akan menertawakanmu atau menyakitimu, dan jika mereka benar-benar menyakitimu, mereka akan berusaha keras untuk memperbaikinya.

Mereka adalah orang-orang yang kau cintai dengan sedar ataupun tidak.

Mereka adalah orang-orang dengan siapa kau menangis ketika kau tidak diterima di perguruan tinggi dan selama lagu terakhir di pesta perpisahan kelas dan saat-saat terakhir bersamanya.

Mereka adalah orang-orang yang pada saat kau peluk, kau tak akan berfikir berapa lama memeluk dan siapa yang harus lebih dahulu mengakhiri.

Mungkin mereka adalah orang yang memegang cincin pernikahanmu, atau orang yang mengantarkan / mengiringmu pada saat pernikahanmu,atau mungkin adalah orang yang kau nikahi…

Indahnya Ukhuwah


“Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi perintah Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat Mu, maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan Nya yang sebenar. Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat tentang Mu. Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini.”



Salam AidilAdha 1430H

Assalamualaikum Wrt..

Dengan izin ALLAH SWT,insya-ALLAH esok hari J
umaat 27 November 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430h kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam di serata dunia.

Buat sahabat-sahabat.teman-teman seperjuangan yang dirahmati ALLAH,

Dikesempatan ini,ana ingin mengucapkan SALAM A
IDILADHA buat entum semua.Moga kedatangan bulan barakah ini dapat meningkatkan keimanan kita pada Yang Maha Esa.Moga perayaan yang mulia ini dapat mengajar kita apa sebenar ERTI PENGORBANAN..insyaALLAH kita boleh ambil i'tibar dari kisah Sejarah Nabi Ibrahim & anaknya Nabi Ismail a.s.SubhanALLAH sungguh hebat kekuasaan ALLAH.

Kita cuba sama-sama jadikan kisah 2 kekasih ALLAH ini sebagai tauladan & renungan kepada diri kita bahawa perintah ALLAH itu perlu diletakkan di tempat yang lebih tinggi yang melampaui batasan kasih sayan
g antara seorang ayah & anaknya.

Hebat ujian ALLAH ini yang mana ia benar-benar menunjukkan kasih sayangNYA kepada setiap hamba-hambaNYA.Dengan ujian,kit
a akan dapat menikmati ni'mat kasih sayang ALLAH pada kita semua.

Wahai sahabat sekalian,
Ana ingin memohon maaf atas segala kesilapan.Ana mendoakan moga entum semua sentiasa dalam kerahmatan & keredhaan ILAHI..amiin
..Syukran atas segalanya..Moga kita ketemu lagi..Jazakumullah Khairan Kathira.. ^_^

Min:
-Al-Faqirah-



Erti Pengorbanan

Apa erti jihad tanpa pengorbanan
Apa erti kata-kata tanpa dikotakan
Nabi Ibrahim lambang kejujuran
Hati bercahaya penyuluh zaman

Apa erti hamba tanpa ketaatan

Apa erti cinta tanpa pengorbanan
Nabi Ismail contoh tauladan
Sanggup mati untuk Tuhan

Setiap tahun muslimin ke Mekah

Beribadah mengingati sejarah
Berlutut di Baitul Kaabah
Dalam penuh pasrah

Tiada beza darjat

Yang kaya atau melarat
di hadapan Yang Maha Perkasa
Menangislah orang berdosa

*************************************************************************************

Hidup penuh pengorbanan
Pengorbanan perlukan perjuangan
Perjuangan perlukan ketabahan
Ketabahan perlukan keyakinan
Keyakinan menentukan kejayaan
Kejayaan pula menentukan kebahagiaan...


Saat berderai jatuh titisan airmata suci Nabi Ibrahim dalam kesabaran

Melihatkan keteguhan iman, keikhlasan hati anaknya Nabi Ismail

Disitulah bermulanya sejarah agung Erti Pengorbanan...









Mendamba Cinta Ilahi

Ya Allah, sambutlah tanganku ini, pimpinlah ke arah redhaMu dalam apa jua yang kulakukan, kumencari suatu rahsia dalam mendidik sebuah keikhlasan agar ianya kekal bertapak di hati ini..Ya Allah, kurniakanlah sebuah ketenangan dan kebahagiaan kepada kami yang segenap ini mendaki langit kehidupan..terkadang tersungkur menilai kaca dan permata, membezakan keperluan dan kehendak, berilah kami hidayahMu, temanilah akal kami dalam membuat pertimbangan, pandulah hati kami dalam mencapai pengetahuan yang sebenar tentangMu..sekian lama kami mencari punca cahayaMu, dekatkanlah kami kepada cahayaMu, terangilah jalan kami dengan petunjukMu..Ya Allah, Kaulah sebaik-baik penolong maka tolonglah kami ini.



Sekian lama ku mencari dan ku jejaki,

rahsia sebuah keikhlasan,

rahsia sabar yang indah,

rahsia ketaqwaan,

rahsia menyalakan zikir,

rahsia sebuah kesyukuran,

rahsia redhanya pada takdirMu,

rahsia senyuman yang menggembirakan…

Ya Allah, thabatkanlah hati-hati ini pada jalanMu ..

moga insan-insan lain juga merasai kemanisan dan kenikmatan ini..


9 Siti yang patut dicontohi

1)SITI KHADIJAH
Merupakan isteri Rasulullah saw yang melahirkan anak-anak baginda.
Setia dan begitu kuat menyokong Rasulullah saw walaupun ditentang
hebat olah orang-orang kafir dan musyrik,serta sanggup menghantar
makanan kepada baginda ketika beribadat di Gua Hira'.
2)SITI FATIMAH
Puteri Rasulullah saw yang amat tinggi budi pekertinya.Sangat kasih
dan setia kepada suaminya,Saidina Ali Karamallahu wajhah.Walaupun
Ali miskin sehingga tidur berkongsikan satu bantal dan kadang-kadang
berbantalkan lengan Ali,namun Siti Fatimah tidak pernah merungut.
Rasulullah pernah berkata ,"Aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah
sehingga Ali memaafkan kamu."
3)SITI AISYAH
Adalah isteri Rasulullah saw yang paling romantik.Sanggup berkongsikan
bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah.Dimana saja baginda minum,
disitulah Siti Aisyah akan minum dengan menggunakanbekas yang sama.
4)SITI HAJAR
Isteri Nabi Ibrahim a.s yang amat patuh kepada suami dan suruhan Allah SWT.
Sanggup ditinggalkan suami atas suruhan Allah SWT demi kebaikkan.Berjuang
mencari air untuk anaknya Nabi Ismail(pengorbanan ibu mithali)
5)SITI MARIAM
Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai
maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah SWT untuk
mengandungkan Nabi Isa,meskipun begitu kuat tohmahan dan fitnah yang diterimanya.
6)SITI ASIAH
Isteri Firaun yang begitu tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang
dihadapinya daripada Firaun laknatullah.
7)SITI AMINAH
Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah saw.Mendidik baginda
menjadi insan mulia dan tidak pernah gentar dengan ujian.
8)SITI MUTI'AH
Beliau adalah lambang isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah
SWT syurga untuknya kerana sifat setianya kepada suami yang sanggup
menjaga makan minum.Setiap hari dia menyediakan tongkat untuk dipukul
suami jika layananya tidak memuaskan.Berhias dengan cantik dan kemas
hanya untuk tatapan suami sahaja.
9)SITI ZUBAIDAH
Wanita kaya lagi dermawan menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagi
kegunaan orang ramai dengan niat hanya kerana Allah SWT.

Rindu Ilahi



Duhai sahabat ada semai nada menggugah jiwa
Nada itu adalah firman-Nya yang tiada bertepi dan tiada meragukan hati
Kini dawai hati mulai bersemi lewat senandung indah penggugah jiwa
Harapan terhujam dalam desir desah diri
Agar kidung ini menjadi bagian yang tak terpisahkan dari jiwa

Bila saja kerinduan hati pada Ilahi dan Rasul-Nya
Termpaut dalam butir-butir sukma
Maka itu adalah azam yang tiada tara yang terpeduh dalam sutera jiwa
Batin ini menjerit memohon ampunan Ilahi
Atas titik-titik noda dan busa-busa cinta dunia
Yang hanyut dalam derai derita jiwa
Ingin hati ini menghapus noda hitam dalam qalbu
Mengubahnya menjadi qalbu yang bening dan penuh cinta

Duhai Rabbi......
Bimbing diri ini menuju cinta-Mu
Menggapai mahligai mahabbah Rasul-Mu
Jadikan getah getar kidung ini terpatri
Dalam diri siapapun yang mampu menepiskannya
Dalam guratan qalbu
Duhai Rabbi......
Ingin kami memiliki rasa rindu tak terperih akan cinta-Mu
Rindu yang menghanyutkan qalbu untuk selalu mengingat-Mu
Bilakah rindu ini berlabuh dalam pantai kasih-Mu
Sahabat mari kita menekan setiap syair kerinduan dawai hati
Semoga rindu kita pada Ilahi
semakin dalam dan tak terkalahkan dari rasa rindu terhadap makhluk-Mu...



Mudahnya menjadi MUSLIM,namun.....


Mudahnya menjadi MUSLIM...namun...Marilah sama-sama kita renungkan & Muhasabah diri kita bersama.Sesungguhnya orang yang beriman itu lagi kuat dugaan,ujian & cabarannya.Sama-samalah kita tingkatkan keimanan & ketaqwaan kepadaNYA,moga sentiasa mendapat kerahmatan & keredhaan ILAHI..amin~

~Anda perlukan cuma 5 minit untuk solat subuh sedangkan anda boleh meluangkan masa sejam bersiap ke pejabat @ ke tempat belajar.

~Anda hanya perlu 2 saat untuk memberi salam kepada ibubapa,isteri @ suami @ anak-anak sedangkan anda memerlukan 3 minit untuk memakai kasut.

~Anda hanya perlu 5 minit untuk memakai tudung @ jilbab sedangkan anda boleh meluangkan masa sehingga 20 minit untuk mendandan rambut.

~Anda hanya perlukan 15 minit untuk menunaikan solat Zuhur sedangkan untuk makan tengahari lebih dari itu,sehingga 40 minit.

~Anda hanya perlukan masa 15 minit untuk solat Asar sedangkan anda boleh luangkan masa sehingga sejam bergayut pada telefon.

~Anda hanya perlu 15 minit untuk membaca Al-Quran tidak selama menonton filem Hindustan @ filem melayu,kadangkala sehingga 2 jam.

~Anda hanya perlu solat Maghrib hanya 7 minit tetapi berita TV melebihi setengah jam.

~Hanya 2 saat untuk mengucapkan salam & kasih kepada ibu bapa @ suami isteri sedangkan kadangkala perbalahan dengan mereka boleh melarat hingga 20 minit.

~Anda perlukan 5 minit untuk menatap sepotong hadith Rasulullah SAW walhal anda sanggup menatap majalah tempatan selama 60 minit.

~Anda hanya perlu 20 minit untuk solat Isyak sedangkan anda perlukan 40 minit untuk bersiap tidur atau sanggup menonton tayangan lewat malam sampai "THE END" sedangkan anda hanya perlu 2 saat untuk menyebut kalimah syukur kepada ILAHI.
~Al-Faqirah Wad Dhoifah Ila ALLAH~

You Came To Me (Arabic+English+Farsi+Turkish)




You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me, took my breath away
Showed me the right way, the way to lead
You filled my heart with love, showed me the light above
Now all I want is to be with you
You are my one true love, taught me to never judge
Now all I want is to be with you

Allahumma salli ‘ala sayyidina mustafa
‘ala habibika nabiika mustafa

You came to me in the time of despair
I called onto you, you were there
Without you what would my life be
Not know the unseen, the worlds between
For you I’d sacrifice, for you I’d give my life
Anything just to be with you
I feel so lost that times by all the hurt and lies
Now all I want is to be with you

Allahumma salli ‘ala sayyidina mustafa
‘ala habibika nabiika mustafa

Showed me right from wrong
Told me to be strong
Need you more than ever ya RasulAllah
You came to me in that hour of need
Need you more than ever ya RasulAllah
You filled my heart with love, showed me the light above
Now all want is to be with you
You are my one true love, taught me to never judge
Now all I want is to be with you

Allahumma salli ‘ala sayyidina mustafa
‘ala habibika nabiika mustafa

Cinta Agung

Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta Agungku
Nabi Muhammad pesuruh-Mu

Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkaulah Sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkaulah segalanya

Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rezkiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan

Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku




Cinta Sejati Yang Mungkin Tak Terbalas

Hayatilah kisah cinta yang mungkin tak terbalas, iaitu...

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut.

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku?, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita..insya ALLAH


~Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih
yang dicintai.Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan
selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri...wallahu'alam..~

Ikhlas itu rahsia ALLAH


Keikhlasan nan tercalar
Pabila kesabaran mula menghindar
Lemah dan tunduk tanpa sedar
Bisikan syaitan nan tak pernah pudar
Menawan kalbu hamba nan ingkar

Keikhlasan nan terhakis
Kerana hati tak bisa menangis
Pujukan dan rayumu wahai sang iblis
Ketipisan iman tak bisa menepis

Lalu…
Lerailah budi,lenyaplah jasa
Segunung budi selaut jasa
Ganjaran dinanti tak kunjung tiba
Ganjaran melayang di tingkap terbuka
Dosa menerpa di hati bertakhta
Budi dan jasa sia-sia semata
Ibadat dilaksana jerih segala

Aduhai…
Sukarnya mencari keikhlasan
Perit dan getirnya menebal keimanan
Lalu aku kembali kepada pokok pangkal dan dasarnya
Di sinilah…

Kupohon pada-Mu walau dalam susah
Kupohon pada-Mu walau dalam payah
Ikhlas itu rahsia Allah
Mudah-mudahan padaku
Rahmat-Mu tercurah.

Sujud Cinta Seorang Hamba

Di atas hamparan sejadah suci
Hamba menadah kedua telapak tangan ini
Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu
Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu
Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu

Hati hamba merasa hambar dan sunyi
Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati
Jiwa hamba kosong dan takkan berisi
Melainkan dengan redha
Yang Maha Mengetahui
Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu
Yang Maha Mengasihani

Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari
Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat Ilahi
Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari
Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi
Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni

Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni
Sujud dahi hamba mencecah ke bumi
Tanda syukur hamba akan kebesaran Ilahi
Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi
Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari

Ya Rabbul Izzati…
Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini??
Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri
Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani
Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai

Hamba amat mendambakan cinta dariMu
Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu
Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu
Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu
Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu



Hayatilah Bersama..



~KEPASTIAN~

Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

Hayatilah lirik nasyid nyanyian In-Team ini..MasyaALLAH,betapa kerdilnya hambamu ini YA ALLAH..

~AL FAQIRAH WAD DHOIFAH ILA ALLAH~

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran


Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuz
ul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu
‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.


Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundanga
n, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud;
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.


Mencari Malam Al-Qadar

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan R
amadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan.

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari sat
u tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajuk
an manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah.

Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penuli
san yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

Purdah Cegah Selsema Babi??



Memakainya mampu meperlihat keayuan seorang wanita beriman.

Wanita tidak perlu mengenakan penutup muka perubatan untuk mencegah virus selsemababi (H1N1) jika mereka telah mengenakan hijab dengan baik termasuk mengenakan purdah atau niqab, kata doktor di Saudi.

"Wanita yang mengenakan purdah atau penutup wajah - bagi mereka tidak perlu mengenakan penutup muka pelindung lagi - sepanjang purdah yang ia gunakan bersih," kata Dr Dalal Namnagani seorang perunding pathologi dan pengarah dari bank darah di Hospital Khas King Abdul Aziz bandar Taif - kepada mel khabar Al-Watan Khamis lalu

"Purdah harus dicuci dan disterika sebelum dikenakan, namun tidak boleh digunakan oleh orang lain yang mungkin akan meninggalkan bakteria-bakteria penyebab kainnya tercemar oleh virus selesema babi," kata Namnagani.

Doktor itu juga memberi amaran terhadap masjid-masjid yang karpetnya yang buruk selama Ramadhan ini, tentang sholat tarawih banyak orang berkumpul terutama di dekat lantai yang menyebabkan kemungkinan virus menyebar dengan cepat.

"Para wanita juga kemungkinan besar melepaskan hijabnya di tempat para jamaah wanita berkumpul, dan hal tersebut dapat meningkatkan penyebaran jangkitan."
Banyak keluarga Arab menyatakan bahawa mereka telah menyambut seruan kempen kesedaran dengan mengajak anak-anak mereka untuk mengenakan penutup muka di tempat-tempat umum.

Seorang ibu rumah tangga Umm Omar mengatakan bahawa ia menyuruh anak-anaknya untuk lebih sering mencuci tangan dengan sabun dan mengenakan penutup muka yang bersih semasa mereka keluar ke kedai mahupun ke taman. "Saya juga cuba untuk menyekat diri melakukan perjalanan keluar rumah, kecuali kalau benar-benar terpaksa," kata Umm Omar. (FQ / saudigazzete)

Santapan Ramadhan- Kisah Lucu Rasulullah S.A.W


NENEK TIDAK ADA DI DALAM SYURGA

Rasulullah SAW pernah juga berjenaka pada zaman Baginda,sehingga membuat seorang nenek menangis kerana khuatir tidak masuk syurga. Nenek tersebut adalah dari golongan Ansar telah datang kepada Rasulullah SAW dan minta didoakan.

"Wahai Rasulullah! Tolong doakan saya kepada ALLAH, agar saya dimasukkan ke dalam syurga," kata si nenek.

"Wahai nenek, di syurga nanti tidak ada orang tua seperti nenek,"kata Rasulullah.

Mendengar itu, si nenek terus menangis tersedu-sedu kerana menyangka dirinya tidak akan masuk syurga.Padahal yang dimaksudkan oleh Rasulullah adalah lain.

"Nenek tidak perlu bersedih hati.Kerana yang saya maksudkan adalah semua orang yang masuk syurga nanti akan kembali ke usia muda semula,termasukla nenek juga." kata Rasulullah menerangkan.

Barulah si nenek merasa gembira dan mengelap air matanya yang membasahi pipinya yang sudah tua itu.Rasulullah hanya tersenyum saja.

Ahlan Ya Ramadhan





Ramadhan yang penuh makrifat
Ramadhan ditunggu-tunggu
kembali menjengah hati setiap Muslim
memekarkan keberkatan dan kebesaran
Yang Maha Kuasa

Ramadhan yang menyejukkan hatiku
yang melembutkan kerasku
yang mendamaikan gelodak rasaku
yang menghilangkan amarahku
yang menghadiahkan penghargaanku
buat insan-insan tersayang
yang menambahkan cinta kasihku
pada Yang Satu

Ramadhan
syarul Syiam
berikan aku kekuatan akal, fizikal, hati dan iman
jauhkan aku daripada perkara yang dikeji
yang mengurangkan keberkatan
ya Mutakkabir

Ramadhan
syarul Qiyam
malam-malammu malam terindah dalam hidup
malam-malam yg penuh ibadah
malam-malam yang penuh berkat
lalu,
haruskah aku membiarkan malam-malammu berlalu sepi
tanpa sujud syukurku pada
Ar-Rahman
Ar-Rahim

Ramadhan
syarul Quran
bait-baitmu adalah puisi agung
yang menyuntik penawar terbaik buat hati dan jiwaku
patah perkataanmu adalah keajaiban
adalah mukjizat dengan nikmat yang tertinggi
yang menjadi peganganku
penunjuk arah dalam langkah perjalananku
yang menyalurkan kasih suciku buat Yang Maha Agung

Ramadhan
syarul Tarbiyah
hari-harimu adalah satu didikan buatku
yang menundukkan egoku
yang menghilangkan rasa dendamku
yang menjernihkan segala keruh dihatiku
yang memupuk keinginanku menghayati sifat kekasih Allah
yang mulia disisi-Nya

Ramadhan
syarul Jihad
pada setiap langkahku
setiap degup nafasku
setiap denyut nadiku
setiap detik ingatanku

Islam
adalah matahari bagi hatiku
bulan bagi jiwaku
bintang bagi mataku

Ramadhan
perjuanganku menggapai solehah baru bermula
pertemukan aku pada ketibaan-ketibaanmu yang akan datang
rasa rindu dan kasih ini akan selalu mengiringiku sepanjang waktu
selama mana nafas masih menjadi milikku

YA ALLAH
sesungguhnya Engkau tahu setiap bait puisi hatiku